Komputer riba India RM112.12
Berita Harian 25 Julai 2010 
  NEW  DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan  komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12).  Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini  mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus  untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar  global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.  
  “Kami  sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip  pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12),  termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.  
  Beliau  berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet,  pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta  dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut  keperluan setiap pengguna. 
  Kapil  berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan  kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah  untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya  sehingga AS$10 (RM32.04). 
  Peralatan  itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi  terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India. 
India  membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk  pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64  peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya. 
  Kajian  yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu  mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak  memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters
  
1 ulasan:
murah nye..
lagi murah dari nset..
Catat Ulasan