Semua orang akan tersenyum apabila teringat ,terdengar dan terlihat sesuatu.Mungkin tiada siapa menyangka sebenarnya dalam kehidupan ini sebenarnya senyuman kita boleh dikategorikan kepada beberapa jenis senyum.Antaranya senyum kambing,iaitu senyum yang dibuat-buat untuk mengejek seseorang.Dalam dunia moden yang kadang kala pelik bin ajaib dan semua boleh jadi ,ramai kalangan kita yang kerap senyum kambing.Apatahlagi bila teringat cerita-cerita politik tanah air.
Seterusnya senyum kucing.Abad Ke 21 ni ramai yang senyum kucing.Berhati-hatilah kerana orang yang senyum kucing ini bermaksud senyuman mereka mempunyai sesuatu tipu muslihat kepada kita.
Senyum yang ketiga ,kadang kala menjadi satu penyakit , senyum tawar iaitu senyum yang dibuat-buat ketika sedang bersedih , tak kira lah kalau orang
muda(orang tua pun sama) tiba-tiba putus cinta , dihimpit masalah kewangan , kekasih atau isteri lari dan sebagainya.
Senyum simpul pula sering kali terjadi apabila kita menerima sesuatu berita , hadiah dan sebagainya yang amat menggembirakan hati kita.
Sesungguhnya dalam senyuman itu terselit seribu makna yang tersirat.Hanya orang yang ingin berfikir dan mengkaji sahaja yang tahu rahsianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan