Halaman

10 Apr 2011

Cerita Beg Tercicir

Suatu pagi di musim luruh ,rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Nagoya.Keindahan dan kebersihan kawasannya indah khabar dan indah rupa.(INDAH KHABAR DARI RUPA-suatu yang biasa kita lihat di negara kita).Kebetulan nak dijadikan cerita beg salah seorang anggota kumpulan kami tercicir.Beliau hanya menyedari begnya tertinggal sebaik sahaja tiba di hotel penginapan kami.Nasib baik tiada pasport dalam beg tersebut.Kalau tidak dah tentu cerita pendek menjadi panjang berjela.(Terpaksa berurusan dengan kedutaan) suatu proses yang mengambil masa dan mungkin mematikan mood tatkala berada di negara matahari terbit.Namun kesedihannya tak lama.Tuah menyebelahi sahabat saya, menjelang hari ketiga kami di Kyoto (Bandar Purba Zaman Maharaja Jepun) beg beliau di hantar oleh seorang  lelaki budiman ke hotel penginapan kami dalam keadaan tidak terusik sedikit pun.Kebetulan  beg tersebut tertera nama pemilik dan alamat hotel penginapan kami.Beliau mengucapkan syukur yang tidak terhingga.Ketika itu barulah saya teringat akan  kata-kata seorang rakan di tanah air sebelum berkunjung ke sini tentang integriti bangsa Jepun.Antara kata-katanya yang saya masih terngiang-ngiang di minda saya" kalau anda tercicir sesuatu(barang) pasti anda akan dapat kembali barang tersebut asalkan pada barang tersebut mempunyai nama dan alamat anda di sana".benarlah kata-kata sahabat saya betapa budaya ketimuran dan integriti dalam kalangan masyarakat Jepun masih menebal biarpun negara mereka 30 tahun lebih maju berbanding negara membangun .Benarlah pengalaman adalah ilmu yang tidak dapat kita peroleh melalui pendidkan formal.

Tiada ulasan:

Pengikut