Halaman

31 Ogo 2012

Cerita Sebuah Bank

Suatu hari saya ke sebuah bank.Ingin membuat penjelasan pinjaman peribadi(Suatu yang lumrah dan dah jadi budaya masa kini).Seorang pegawai memberitahu sekiranya saya ingin surat penyata penjelasan prosesnya memakan masa selama 3 hari bekerja(Peraturan baru agaknya,sebab 2 tahun lepas saya berurusan dengan bank yang sama, proses mengambil penyata penjelasan cuma 15 minit).Ringkas cerita ,hari ke 4 saya datang kembali ke bank yang sama.Salah seorang pegawai bertugas memberitahu saya pegawai yang saya temui dan berurusan dengannya 3  hari yang lalu sedang bercuti.Saya memujuk hati supaya bersabar.Saya bertanya beliau tindakan yang akan dilakukan.Beliau meminta saya mengisi kembali borang permohonan penyata penjelasan tersebut.Lebih kurang 10 minit kemudian Penyata Penjelasan Pinjaman tersebut siap dan beliau memberikannya kepada saya sambil memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.Cuma kadang kala saya terfikir kenapa urusan yang boleh disiapkan dalam masa tak sampai 20 minit perlu ditangguhkan sehingga 3 hari.Bukankan dalam zaman IT semua urusan boleh dilakukan secara pantas dan cekap.Apa-apa pun kredit dan tahniah saya untuk AMBANK kerana saya selesa berurusan dengan bank tersebut yang memahami kehendak pelanggan zaman siber.     

Tiada ulasan:

Pengikut