Saya mula berjinak dengan blog pada bulan Ogos 2007.Tulisan pertama saya pada 7 Ogos 2007 entri bertajuk opinion cuma tiga patah perkataan.Biasalah pertama kali berblog kita akan muat apa sahaja dalam blog kita.'Copy Paste' artikel orang lain, adakah itu perbuatan yang beretika? yang penting kita letakkan sumber asal artikel tersebut.Rasanya itu tidak menjadi kesalahan.
Persoalannya kenapa kita buat blog atau suka dengan blog.Ada orang sekadar suka-suka, meluahkan perasaan melalui blog,Ada orang serius , menulis pendapat di blog.Ada orang meraih pendapatan lumayan melalui blog.Bahkan bergelar jutawan senyap.Income melebihi 50K seminggu.Ringkasnya blog ibarat diari elektronik yang memungkinkan anda menjadi apa sahaja.Sekadar suka-suka, popular dan menjadi jutawan senyap.
Hari ini terlalu banyak medsos (media sosial) seperti Youtube, FB,Whatsapp,telegram,twitter,instagram dan yang tengah trending TikTok.
Tapi yang penting saya masih setia dengan blogspot.Semoga blogger.com bertahan lama.Walau pun dunia blog agak malap tetap saya percaya blog masih lagi menjadi sumber utama untuk mendapat pelbagai maklumat yang bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan