Halaman

30 Okt 2016

Cerita Pinggan Mangkuk Halal

Beberapa bulan yang lalu saya ke Kompleks Bebas Cukai di negeri Pantai Timur Semenanjung.Pengurus kedai berbangsa cina menyapa.Beliau mencadangkan saya membeli pinggan mangkuk porselin halal.Buatan UAE.Saya bertanya kenapa anda menyebut halal.Dengan serius beliau menjawab tentang netizen mempersoal pinggan mangkuk sekarang ada yang halal dan haram.Ada pinggan mangkuk yang diperbuat daripada campuran tulang babi yang cukup dikenali sebagai amat tahan lama.Kredit untuk beliau kerana seorang peniaga yang beretika. Moralnya tidak terfikir pula saya tentang perkara tersebut sebelum ini.Mungkin kejahilan dalam agama, tidak ada pemikiran kritis, budaya mengkaji atau bertanya dalam diri saya.Banyak budaya menerima sahaja.

Lagi cerita pinggan halal di blog info dalam talian

Lagi maklumat China Bone di wikipedia 

Lagi maklumat pinggan halal di The sTar

Lagi pertanyaan atau kemusykilan status halal sila ke Portal JAKIM

Tiada ulasan:

Pengikut