Halaman

30 Okt 2016

Cerita Buka Kasut

Hasil carian imej untuk kamitakami elementary school









Beberapa tahun yang lalu, saya dan rombongan mengunjungi negara matahari terbit. Di sana kami sempat melawat 2 buah sekolah rendah di negeri Nagoya. Ketika melangkah masuk ke kelas Gred 3, saya diminta menanggalkan kasut dan diberi sandal khas. Kasut tadi diletakkan di dalam rak kasut di luar bilik darjah. Kami memasuki bilik darjah yang cukup bersih dan selesa. Murid boleh duduk sambil berbaring kerana lantainya yang bersih. Saya bertanyakan guru di situ. Mereka memberitahu memang itu budaya sekolah di sini .Amalan mementingkan kebersihan sudah diterapkan sejak di bangku sekolah. Benarlah pandangan sesetengah pihak betapa amalan  ajaran Islam itu hidup di negeri bukan Islam. Moralnya amalan menjaga kebersihan sudah ada dalam ajaran islam tetapi berapa ramai umat Islam yang mengamalkannya.

Tiada ulasan:

Pengikut