Halaman

28 Okt 2016

Cerita Buang Sampah

Hasil carian imej untuk campak sampah  dalam sungaiPagi tadi sebuah kereta berhenti secara mengejut betul-betul di atas jambatan.Nasib baik saya memperlahan kenderaan.Sekiranya saya juga cuai sudah tentu berlaku kemalangan.Bersyukur kepada Tuhan saya masih dilindungiNya daripada musibah.Cuma yang amat saya kesali, pemandunya berhenti hanya untuk membuang sampah ke dalam sungai.Tidak pasti sama ada sampah sisa makan atau bahan bukti (Mungkin melakukan kerja yang salah di sisi undang-undang)tetapi moralnya inilah wajah sebenar segelintir rakyat kita , minda kelas tiga.Benarlah pencemaran sungai adalah hasil perbuatan manusia sendiri.Mereka lupa  mungkin dengan membuang sampah di mana-mana mereka menganggap ia selesai.Hakikatnya mereka juga akan terpalit sama menyedut udara atau minum air  tercemar dalam jangka masa panjang angkara perbuatan yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam punca air minuman.Fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Pengikut