Pagi tadi saya ke sebuah sekolah Swasta.Kebetulan waktu itu murid baru keluar rehat selepas pembelajaran sesi pagi.Alunan muzik beethoven mula berkumandang.Saya amat tertarik dengan kaedah yang digunakan.Saya bertanyakan pengurus sekolah tentang rasional memasang muzik instrumental kepada murid pada waktu rehat.Belaiu menerangkan mereka menggunakan model yang diamalkan di negara China, Korea dan beberapa negara barat lain.Alunan muzik sebenarnya boleh merehatkan minda setelah penat belajar di dalam kelas.Kenapa kita tidak meniru kaedah yang diguna pakai sekiranya bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan