Halaman

3 Feb 2017

Cerita Kabel Telefon

Image result for office cable phone breakPagi tadi saya ke sebuah agensi setelah berkali-kali menelefon  tetapi tidak berjawab.Tujuannya cuma untuk membuat satu  temu janji penting.Saya disambut suam-suam kuku.Setelah selesai membuat temu janji tersebut,saya melontarkan pertanyaan yang sudah berminggu-minggu bermain di fikiran.Kenapa setiap kali saya menelefon tiada respon atau tidak bersambut.Dengan selamba pelayan kaunter memberitahu kemungkinan talian sibuk dan kerap kali rosak.Saya terpandang kabel telefon yang tercabut dari gagangnya dan menunjukkan kepadanya.Dengan muka selamba dia memaklumkan mungkin tercabut tanpa disedarinya.Saya terus berlalu.Persoalan negatif mula bermain di fikiran.Sekiranya kerap kali rosak kenapa juruteknik tidak membuat penyelenggaraan atau kerosakan tersebut tidak dilaporkan kepada unit berkenaan.Adakah kabel tersebut sengaja dicabut kerana tidak tahan melayan panggilan masuk bertalu-talu.Jadi di manakah etika atau integriti seorang pekerja terhadap organisasinya.

Tiada ulasan:

Pengikut