Jika apa yang anda lakukan hari ini kelihatan sama seperti apa yang anda lakukan semalam, minggu lepas serta tiga tahun lalu.Anda sebenarnya terlalu selesa. Anda berada dalam zon selesa(Comfort Zone).Hakikatnya ia tidak membawa anda ke mana-mana.
Untuk membuat perubahan sebenar dalam hidup anda perlu perlu keluar dari zon selesa dan
lakukan perkara secara berbeza.
Ini bermakna berusaha lebih keras serta melakukan perkara postif
di luar kebiasaan.
Bereksperimen
dengan kemahiran, pendekatan dan taktik yang berbeza dalam hidup anda ialah
salah satu cara terbaik untuk membina keyakinan dan membuang minda tertutup. Pasti,
ia tidak selesa! tetapi perkara baru sentiasa ada.
Apabila anda mula melakukan lebih banyak
perkara baru, ketakutan menjadi menyeronokkan. Anda boleh belajar banyak dengan
mencuba perkara baru, sama ada anda berjaya atau tidak dalam percubaan itu.
Harus ingat ada cabaran. Sebahagian daripada
proses itu bermakna mengatasi sikap negatif dalam diri, takut akan kegagalan,
dan sindrom penafian . Anda mungkin perlu menghadapi kebimbangan
yang reality dan mencari cara untuk menguruskannya.
Setiap orang yang berusaha memperbaiki diri
akan memberitahu anda bahawa ia adalah realiti yang perlu dihadapi. Mereka
akan memberitahu anda ia sangat menakutkan, tetapi hasilnya berbaloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan