Halaman

Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan

9 Jun 2025

Lu Fikir Bagus Sangat Ka? Orang Bodoh Pun Buat Duit – Kenapa Lu Tak?

Lu Fikir Bagus Sangat Ka? Orang Bodoh Pun Buat Duit – Kenapa Lu Tak?

“Saya belum bersedia…”
“Saya tengah tunggu masa sesuai…”
“Saya nak tunggu semua cukup dulu…”

Ayat-ayat ini, malangnya, bukan tanda bijak berstrategi. Ia sering tanda orang yang terlalu selesa dalam zon selamat – sampai lupa dunia dah lama bergerak ke depan.

Hari ini, bukan lagi soal siapa paling pandai atas kertas.
Ia soal siapa yang buat kerja. Siapa yang berani mula, bukan yang sibuk cari alasan.


Orang Bodoh Pun Buat Duit. Ya, Betul.

Jangan marah, ini kenyataan.
Scroll saja media sosial – berapa ramai yang kita tengok buat duit dengan content kosong, jual produk entah apa-apa, tapi konsisten. Hasil? Mereka hidup senang.

Kita pula? Masih dalam “research phase” selama lima tahun. Masih nak tunggu modal besar. Masih takut gagal walaupun belum pernah mula.

Realitinya:

Keberanian itu lebih mahal daripada kelulusan.
Tindakan kecil lebih bernilai dari idea besar yang tak dilaksana.


Lu Fikir Bagus Sangat Ka? Sampai Bila Nak Tunggu 'Sempurna'?

Maaf cakap – dunia tak tunggu orang yang sibuk fikir dia “belum cukup bagus”.
Kerja dah banyak tak tengok CGPA.
Platform online tak tanya pointer.
Yang penting – kau berani naik, walaupun mula dari bawah.

Kalau orang yang tak habis sekolah pun boleh jana pendapatan sendiri,
kau yang ada segala kelebihan – apa alasan lagi?


Sindiran Halus, Tapi Tepat

Tak semua orang suka ditegur. Tapi kadang-kadang, kita perlu rasa malu untuk bangkit.
Malu sebab orang yang kita pandang rendah dulu – sekarang hidup lebih stabil dari kita.

Kita yang kononnya “berfikir panjang”… akhirnya jadi penonton.
Tepuk tangan bila orang lain berjaya, sedangkan kita masih di tempat yang sama,
dengan alasan yang sama,
dan mimpi yang sama.


Kesimpulan: Mula. Hari Ini.

Lu tak perlu tunggu kaya, bijak, atau ada semua jawapan.
Lu cuma perlu mula – dan konsisten.

Kerana dunia ini milik orang yang berani cuba,
bukan milik mereka yang pandai cari alasan.

Jadi sekarang, lu nak terus fikir… atau lu nak buat sesuatu?



29 Jan 2025

Bahagia itu di mana?

 Ciri-ciri Orang Bahagia

Bersyukur dengan apa yang ada
Mempunyai hubungan sosial yang baik
Mempunyai tujuan dan makna dalam hidup
Mampu mengurus emosi dan tekanan dengan baik
Mengamalkan gaya hidup sihat

27 Dis 2024

Bagaimana nak bahagia ?

Bahagia sebenarnya berada dalam hati dan cara kita melihat hidup ini.

Ia tidak  bergantung semata-mata kepada harta, kejayaan atau orang lain tetapi lebih kepada rasa syukur, ketenangan dan penerimaan terhadap diri sendiri dan keadaan semasa.

Bahagia boleh ditemui ketika :

  1. Hati Tenang: Bila kita berdamai dengan diri sendiri.Menerima takdir  dan tidak terlalu memikirkan perkara yang berada di luar kawalan.
  2. Rasa Syukur: Menghargai nikmat kecil dalam hidup seperti kesihatan, hubungan, atau momen indah bersama keluarga.sahabat dan sebagainya.
  3. Hubungan Bermakna: Bersama dengan orang yang kita sayangi dan saling menghargai antara satu sama lain.
  4. Memberi Manfaat kepada diri sendiri dan orang lain: Melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain.
  5. Menerima Keadaan Diri Sendiri: Tidak membandingkan diri dengan orang lain sebaliknya menghargai kekuatan dan kelemahan sendiri.

Sesungguhnya bahagia adalah perjalanan bukan destinasi.

Ia boleh hadir dalam momen sederhana dan biasa seperti senyuman, melakukan kebaikan kecil atau rasa puas hati dengan apa yang kita miliki saat ini.

23 Jun 2023

Percaya diri sendiri

Anda perlu percaya pada diri sendiri apabila tiada orang lain yang percaya.

Percaya kepada diri sendiri adalah keupayaan seseorang berfikir secara positif,percaya dengan kemampuan  yang dimiliki mempunyai kualiti dan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, orang lain, dan persekitaran.

Perkara terpenting ialah  percaya pada kebolehan  anda tanpa mengira pendapat orang lain.

Bagaimanakah cara meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri ?

1.Bergaul dengan orang yang memiliki rasa percaya pada diri sendiri yang tinggi.Siapa kawan kita akan mempengaruhi cara kita berfikir atau bertindak.Jika kita berkawan dengan orang yang mempunyai rasa percaya pada diri sendiri yang tinggi self esteem kita juga kan turut meningkat.

2.Buang rasa takut dan rendah diri.

Selagi ada perasaan ini, percayalah kita tidak akan ke mana-mana.Kita tidak berani mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang gagal, tidak berani menerima cabaran menyebabkan kita berada di tahap lama.Jadi buangkan perasaan itu.Berinteraksi dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan usia.

3.Muhasabah diri sendiri (Read yourself)

Anda perlu jujur dengan diri sendiri supaya anda tahu batasan atau kemampuan diri anda.Kita perlu menerima hakikat bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu berseorangan secara maksimum.Kita perlukan nasihat,bimbingan dan bantuan dari orang lain ketika kita perlukan bantuan.

24 Mei 2023

Keluar dari zon selesa

Jika apa yang anda lakukan hari ini kelihatan sama seperti apa yang anda lakukan semalam, minggu lepas serta tiga tahun lalu.Anda sebenarnya terlalu selesa. Anda berada dalam zon selesa(Comfort Zone).Hakikatnya ia tidak membawa anda ke mana-mana.

Untuk membuat perubahan sebenar dalam hidup  anda perlu perlu keluar dari zon selesa dan lakukan perkara secara berbeza.

Ini bermakna berusaha lebih keras serta melakukan perkara postif di luar kebiasaan.

Bereksperimen dengan kemahiran, pendekatan dan taktik yang berbeza dalam hidup anda ialah salah satu cara terbaik untuk membina keyakinan dan membuang minda tertutup. Pasti, ia tidak selesa!  tetapi perkara baru sentiasa ada.

Apabila anda mula melakukan lebih banyak perkara baru, ketakutan menjadi menyeronokkan. Anda boleh belajar banyak dengan mencuba perkara baru, sama ada anda berjaya atau tidak dalam percubaan itu.

Harus ingat ada cabaran. Sebahagian daripada proses itu bermakna mengatasi sikap negatif dalam diri, takut akan kegagalan, dan sindrom penafian . Anda mungkin perlu menghadapi kebimbangan yang reality dan mencari cara untuk menguruskannya.

Setiap orang yang berusaha memperbaiki diri akan memberitahu anda bahawa ia adalah realiti yang perlu dihadapi. Mereka akan memberitahu anda ia sangat menakutkan, tetapi hasilnya berbaloi.

Pengikut