Halaman

21 Mei 2023

Viral atau tular

1.Zaman MEDSOS ATAU SOSMED(social media) perkataan yang trending ialah viral atau tular.

2.Viral bermaksud merebak atau tersebar.

3.Dalam konteks media sosial viral bermaksud penyebaran secara meluas video,imej dan maklumat melalui aplikasi media sosial seperti Tik Tok,Whatsapp,Facebook,Instagram,Twitter dan sebagainya segera popular di medsos.

4.Sesuatu isu menjadi viral apabila timbul reaksi negatif atau positif daripada netizen terhadap perkara tersebut.

5.Masyarakat kita suka dengan cerita kejayaan yang memberi inspirasi atau kisah penderitaan masyarakat yang meruntun jiwa.

6.Apa yang menjadi masalah apabila isu yang diviralkan itu tidak benar.

7.Penyakit terbesar masyarakat kita ialah ingin menjadi orang pertama menularkan isu tersebut di medsos tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran isu atau cerita tersebut.Butang share dan retweet digunakan tanpa rasa bersalah. 

8.Akhirnya banyak berita palsu tular dan menjadi popular di media sosial.Kisah hidup lelaki yang memerlukan rawatan sakit kronik dan  wang untuk membiayai kos rawatan  rupanya cerita licik yang direka seorang scammer bagi mengumpul duit secara mudah.

9.Begitu juga dengan kisah NGO yang kononnya mengutip derma untuk membantu anak yatim rupanya kumpulan scammer yang mengaut keuntungan segera daripada netizen yang bersimpati.

10.Tabiat masyarakat masa kini gemar membuat kandungan atau 'content' supaya  trending di media sosial.Contohnya berendam dalam tab mandi di tengah jalan sambil merakam video sendiri bagi mendapat perhatian netizen dan mahu popular merupakan satu penyakit baru akibat terlalu obses dengan media sosial. 

11.Isu peribadi juga viral di media sosial.Akibat tidak puas hati dengan pasangan dan sebagainya individu terlibat berkongsi rasa tidak puas hati atau memburukkan pasangannya atau individu lain di media sosial hingga ia  menjadi viral.

12.Oleh itu jadilah pengguna yang bijak ketika menggunakan media sosial.Selidik sebelum sebar adalah langkah terbaik mencegah berita palsu berlegar dalam masyarakat.Viralkan cerita positif tetapi pastikan sumber yang sahih.Abaikan berita negatif setelah kita mendapati ia berita palsu.


Tiada ulasan:

Pengikut