Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

4 Feb 2012

Safee Sali

Tahniah buat Safee Sali kerana menerima kontrak baru bernilai RM 2 juta bersama

Foto - BERNAMA.



8 Jul 2010

Sepanyol Menang

 Foto : Malaysiakini

Kejutan lagi.Sepanyol mara ke perlawanan akhir , menewaskan Jerman 1 - 0 .sekali gus menyingkirkan Jerman.

7 Jul 2010

Jerman Menang ?


Sumber : Tok Mooh-TKO Online
 Foto : Kosmo Online

haha.. Jerman ni confirm menang dari formula matematik aje.
aku amik sumber ni dari tv. macam confident je prof tu terangkan formula matematik dia.

Ini adalah nombor hikmat : 3964

Perkiraan ni menurutnya membabitkan bekas2 juara World cup pada edisi tahun-tahunnya.


Argentina:
1978
1986 +
-----
3964


Brasil:
1970
1994 +
-----
3964


Brasil:
1962
2002 +
-----
3964


Germany:
1974
1990 +
-----
3964


So, macam mana dengan World Cup 2010 ??
nombor hikmat terbabit ditolak dengan tahun ni:

3964
2010 -
-----
1954

Pada tahun ini (1954) Germany menang World Cup untuk pertama kalinya.
So kira confirm lah 2010 ni juaranya dari pasukan Jerman









Paul The Octopus ramal Germany menang lawan Argentina...kebetulan aje tu..

4 Jul 2010

Panas- Kejutan Lagi FIFA WORLD CUP 2010

Panas ! Panas ! Kejutan lagi.Apa dah jadi Argentina.Dibelasah  4 - 0 oleh Jerman.Sehingga kini dua pasukan pilihan ramai dah tersingkir.Kekadang terfikir juga aku , seorang pemain yang hebat belum tentu boleh menjadi jurulatih terbaik dan terhebat.Seorang jurulatih yang terhebat tidak semestinya menjadi bekas pemain yang terbaik di zamannya kerana jurulatih memikirkan strategi dan taktik bagaimana hendak mengalahkan lawan sementara seorang pemain bijak mencari peluang dan memperdaya lawan untuk menyumbat gol sebanyak mungkin.

3 Jul 2010

Uruguay Boleh Cipta Kejutan ?

 Sumber Foto : www.kickoff-wallpaper.com


Entri aku masih berkisar pasal FIFA World Cup 2010.Kejutan dah berlaku.Brazil ,pasukan kesukaan ramai dah kecundang ditaji ayam Belanda 2-1 dalam perlawanan semalam.Bagaimana dengan Uruguay ? Mereka dah kalahkan Ghana melalui sepakan penalti.Bolehkan mereka mencipta kejutan ? Tidak mustahil.Cuba anda perhatikan rekod mereka dalam Piala Dunia sebelum ni...

Sejarah ringkas URUGUAY
------------------------------

1. Juara piala dunia 1st world cup pada 1930( Tempat Sendiri )

2. Juara piala dunia pada 1952 ( Kalahkan Brazil di Brazil )

Sumber : Katileempuk dan Aineen TKO Online

Ditaji 'ayam Belanda'

Sumber : Kosmo Online




PORT ELIZABETH –Juara Piala Dunia lima kali, Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia 2010.
Mereka tunduk 1-2 kepada Belanda pada pusingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay semalam.

Kemenangan itu membolehkan Belanda melangkah ke pusingan separuh akhir
Pada aksi semalam, Brazil dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut lebih-lebih lagi selepas membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Robinho, namun sebaliknya yang berlaku.
Gol awal Brazil itu langsung tidak melunturkan semangat juang Belanda yang terus melancarkan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Hasilnya, Belanda berjaya melakukannya selepas dihadiahkan gol jaringan sendiri oleh pertahanan Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 yang tertanduk bola ke gawang sendiri hasil percubaan Wesley Sneijder.
Gol yang dicari-cari Belanda muncul pada minit ke-68 menerusi tandukan Sneijder sekali gus mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.

Kemenangan itu dianggap penebus kekecewaan Belanda yang tewas kepada Brazil pada Piala Dunia 1994.
Selepas ketinggalan 1-2, Brazil terus dihimpit derita apabila terpaksa meneruskan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas Felipe Melo dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap Arjen Robben. – AP

Kejutan Piala Dunia 2010



Belanda berjaya menundukkan Brazil 2 -1 .Akhirnya juara.dunia 5 kali tersungkur kepada Netherlands..

1 Jul 2010

Final FIFA World Cup 2010


 
 Sumber  foto: Kosmo Online



Bahang perlawanan akhir Piala Dunia 2010 makin terasa.Meskipun baru melangkah ke pusingan suku akhir.Namun ramai yang meramalkan Brazil akan bertemu Argentina dalam perlawanan akhir nanti.

 

25 Jun 2010

23 Mei 2010

Demam Piala Dunia 2010

Demam dan bahang Piala Dunia 2010 telah bermula.Apa kata kita imbas kembali legenda pemain bola sepak dunia Diego Maradona dan Pele.Anda tentu ingat perlawanan akhir antara England dan Argentina yang penuh kontroversi.



4 Apr 2010

Juara F1 Sepang 2010


Vettel, Webber Menang Dua Tempat Teratas Bagi Pasukan Red Bull Di Sepang

SEPANG, 4 April (Bernama) -- Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia 2010 manakala rakan sepasukan Mark Webber meraih tempat kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini Ahad.

Vettel, pelumba Jerman berusia 22 tahun mencatatkan masa sejam 33 minit dan 48.412 saat dalam saingan 56 pusingan diikuti Webber dengan masa 1:33:53.261s.


Pelumba Jerman Nico Rosberg dari pasukan Mercedes GP Petronas F1 menang tempat ketiga selepas ketinggalan 13.504 saat di belakang Vettel.


"Kami berdua berusaha bersungguh-sungguh dan tahu kami bersaing sesama sendiri. Jika Webber berada dalam situasi saya, saya pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama," kata Vettel.


"Cuaca di sini amat panas dan saya tidak berhenti daripada berpeluh...nasib baik saya tidak kehabisan air dalam kereta. Adalah ketika, saya mengharapkan hujan untuk menyejukkan keadaan," katanya pada sidang akhbar selepas kemenangan itu.


Menurutnya mereka berdua mempunyai kereta yang amat baik sekali hingga mencipta kejayaan khususnya selepas mengalami kegagalan meknikal pada dua perlumbaan awal di Bahrain dan Australia.


Vettel merampas kedudukan pendahulu dari Webber dan sejak itu tidak mendapat tentangan serius dari pelumba lain sehingga tamat saingan.


Webber pula sedaya upaya cuba merapati Vettel tetapi hilang dua setengah saat untuk hentian menukar tayar dan akhirnya menamatkan saingan dengan ketinggalan 4.8 saat di belakang juara itu.


"Saingan antara kami berdua adalah sengit dan bagus serta semangat perjuangan kami amat tinggi sekali. Dia (Vettel) melakukan tanggungjawabnya dengan baik sekali," kata Webber.


Sementara itu, Rosberg merupakan pelumba tunggal pasukan Mercedes GP Petronas yang menamatkan perlumbaan selepas bekas juara dunia tujuh kali Michael Schumacher terkeluar awal selepas keretanya mengalami masalah teknikal.


"Keputusan ini adalah baik bagi kami dan tahu sukar untuk mengejar pasukan Red Bull," kata Rosberg.


Pelumba pasukan Renault, yang menduduki tempat kedua pada Grand Prix Australia di Melbourne Ahad lalu, menduduki tempat keempat.


Pasukan McLarens dan Ferraris, yang bermula di bahagian belakang, berjaya merapatkan jurang dengan menduduki di belakang pasukan Red Bull.


Pelumba McLaren Lewis Hamilton, yang bermula dari tempat ke-21, akhirnya berakhir menduduki tempat keenam diikuti pelumba Ferrari Felipe Massa.


Juara dunia 2009 Jenson Button berentap dengan pelumba Fernando Alonso dari pasukan Ferrari untuk menamatkan saingan di tempat kelapan.


Selepas Sepang, pusingan keempat F1 Dunia musim ini akan beralih ke Shanghai, China dari 16 hingga 18 April ini.


-- BERNAMA

Pengikut